Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eksport minyak sawit ke EU menurun

    PUTRAJAYA, 18 Jan – Eksport minyak sawit ke Kesatuan Eropah (EU) dijangka merosot secara berperingkat, walaupun cadangan sekatan ke atas penggunaan minyak sawit dalam campuran biofuel oleh blok politik dan ekonomi itu hanya akan direalisasikan pada 2021, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

    Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Kushairi Din berkata eksport minyak sawit ke EU telah susut sebanyak 3.3 peratus kepada dua juta tan pada 2017 berbanding tahun sebelumnya.

    “Bagaimanapun, permintaan dari India dan China kekal kukuh susulan mereka merupakan dua destinasi eksport minyak sawit utama kami, masing-masing mengimport 2.02 juta tan dan 1.92 juta tan minyak sawit, daripada kami tahun lepas,” katanya pada sidang media di luar Seminar Kajian Semula dan Unjuran Ekonomi Minyak Sawit 2018 di sini hari ini.

    Ditanya sama ada penurunan permintaan dari Eropah akan mempunyai kesan limpahan di negara lain, Ahmad Kushairi tidak menafikan ia boleh berlaku akhirnya.

    “Negara lain mungkin mengikut jejak langkahnya, berikutan Eropah besar dan merupakan peneraju pasaran, dan kebanyakan negara melihatnya sebagai destinasi eksport yang penting. Oleh itu, terdapat kemungkinan mereka akan melakukannya dan mematuhi keperluan EU,” katanya.

    Mengenai keseluruhan unjuran industri minyak sawit, beliau menegaskan persekitaran berkaitan minyak sawit, iaitu pengukuhan ringgit akan mempengaruhi prestasi komoditi itu pada tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda