TIRANA, 8 Jan – Eksport pertanian Albania naik sebanyak 22 peratus tahun ke tahun pada 2016, statistik rasmi menunjukkan kelmarin.
Pakar-pakar pertanian di sini memberitahu media tempatan kelmarin bahawa pertumbuhan itu disokong oleh pelaburan baru dalam meningkatkan infrastruktur pertanian dan skim subsidi kerajaan yang semakin meningkat bagi petani. Menurut pakar-pakar, eksport buah-buahan dan sayur-sayuran telah memberi dorongan kepada angka eksport, hampir dua kali ganda nilai terhadap produk-produk lain. Eksport pertanian Albania dikuasai oleh sayur-sayuran, tetapi juga sayur-sayuran awal musim ditanam di rumah hijau.
Mereka menambah bahawa pelaburan dan pertumbuhan pengeluaran pertanian domestik menjana pertumbuhan eksport, menjadikan sektor pertanian merupakan tulang belakang ekonomi negara tersebut. – Xinhua