Eksport sarang burung walit dijangka meningkat

PETALING JAYA, 20 JAN – Nilai eksport sarang burung walit Malaysia, dijangka meningkat kepada RM1.5 bilion tahun ini, berbanding RM1.1 bilion tahun 2019, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata peningkatan nilai eksport berkenaan disebabkan keupayaan Malaysia mengeluarkan sarang burung walit berkualiti, serta kedudukan Malaysia yang menerajui pasaran luar produk itu, khususnya di negara China.

“Ini (RM1.5 bilion) merupakan nilai sasaran eksport bagi sarang burung walit mentah bersih dan mentah belum bersih.

Bagaimanapun saya menggalakkan syarikat-syarikat yang memproses sarang burung walit mentah bersih, supaya lebih maju ke hadapan dengan menghasilkan lebih banyak produk seperti produk kesihatan dan kecantikan.

“Produk-produk tersebut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran China. – Bernama

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub (kiri) meletakkan sarang burung walit yang telah dibungkus pada Majlis Perasmian Pusat Pemprosesan Raw Unclean Edible Birdnest (RUC) di Netfarm Internasional Sdn Bhd. – Bernama