Eksport udang kara AS dikecualikan tarif

BRUSSELS, 23 OGOS – Eksport udang kara Amerika Syarikat (AS) akan memasuki Eropah tanpa tarif, apabila Washington dan Brussels mengumumkan perjanjian perdagangan terhad pada Jumaat yang akan dilihat sebagai keputusan pertama dalam usaha untuk meredakan kemelut perniagaan.

Pengumuman bersama oleh Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah (EU) Phil Hogan adalah mengejutkan dengan beberapa perbalahan perniagaan masih berlarutan di antara kedua-dua pihak.

“Kami mahu pengurangan tarif ini menandakan permulaan satu proses yang akan membawa kepada perjanjian tambahan yang mewujudkan perniagaan yang lebih bebas, adil dan bersifat rentas Atlantik,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Perjanjian yang diumumkan adalah amat terhad dari segi skop dan membabitkan eksport udang kara AS yang kini akan dihantar ke Eropah tanpa tarif.

Tarif EU ke atas udang kara AS berjumlah lapan peratus, dan eksport ke EU mencecah AS$111 juta pada 2017.

Gambar fail menunjukkan udang kara menunggu untuk dihantar oleh pengedar borong di Arundel, Maine. – AP

Sebagai tukaran, EU akan melihat tarif dikurangkan sebayak separuh ke atas beberapa produk yang dianggarkan bernilai AS$160 juta setahun.

Ia termasuk makanan yang disediakan khas, gelas kristal serta pemetik api.

Potongan tarif dijangka diundurkan tarikh untuk bermula pada 1 Ogos, kata kenyataan. – AFP