BANGKOK – Masyarakat berbangsa Cina di seluruh negara kini hanya memiliki kehidupan harian yang terbatas. Mereka akan berkurung di dalam pangsapuri masing-masing sama ada dengan pilihan mereka sendiri mahupun atas perintah berkurung untuk menjadikan keadaan lebih baik di bandar-bandar yang ketika ini mengeluarkan perintah halangan meninggalkan negara masih dilaksanakan atas desakan yang berpunca daripada masalah virus baharu yang berbahaya.
Pasangan dari Shantou, sebuah bandar pantai di wilayah Guangdong telah mencipta permainan zaman kanak-kanak di dalam rumahnya untuk anak-anak mereka.
Dalam video yang disiarkan melalui Douyin, satu platform media sosial China yang popular, seorang ibu berpura-pura menjadi penjual jalanan yang menjual gelung diperbuat daripada kertas kadbod.
Lalu kanak-kanak itu membuang gelung untuk mendapatkan hadiah yang diletakkan di atas tanah. Ia merupakan permainan popular yang biasanya dimainkan di luar rumah ketika perayaan Tahun Baharu Cina, tetapi tahun ini berbeza.
“Banyak pelan melancong dan aktiviti luar telah dibatalkan. Ramai orang terpaksa tegas membatasi keperluan mereka untuk keluar,” kata Ouyang.




“Menginap di rumah sangat membosankan. Jadi kami memutuskan untuk bermain permainan ini di rumah dengan anak-anak kami dan merakam klip pendek itu. “
Seorang wanita yang tular dengan nama Liang Jinjin tinggal di Yichang di wilayah Hubei, di sebuah bandar yang tidak jauh dari pusat wabak di Wuhan dan salah satu dari beberapa buah tempat di mana pengangkutan awam dan lalu lintas dengan dunia luar telah disekat. Dalam koleksi video beliau itu, dilihatkan beliau meminum air dari gelas gergasi yang terpantul ke cermin dan minum air kelapa dengan berlatar belakangkan TV yang menunjukkan animasi pantai. Dalam klip lain pula, dia membuat orang salji kecil dengan ais dari peti aisnya.
“Semasa wabak, semua orang takut dan tinggal di rumah secara spontan. Tetapi tinggal di rumah sangat membosankan, jadi video ini menunjukkan saya sedang ‘melancong’ di rumah dengan harapan semua orang boleh menghadapi wabak ini dengan secara positif dan optimis,” katanya.
Sekolah-sekolah di seluruh China telah menangguhkan permulaan penggal persekolahan musim bunga kerana wabak tersebut. Dalam hal itu, seorang pelajar universiti, Wei Zikai menjadikan ruang tamunya menjadi gelanggang badminton.
Orang lain juga tidak melepaskan peluang menyiarkan video di laman sosial mereka untuk menunjukkan kemahiran masing-masing seperti bermain permainan kata dengan pembantu maya Apple, Siri, berpura-pura memancing dari baldi kecil di bilik mereka, dan bermain biliard menggunakan penyepit dan menjadikan tomato ceri, longan serta buah tropika sebagai bola.
Pada malam Isnin yang lalu, penduduk Wuhan di beberapa buah pangsapuri bergabung bersama, menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu-lagu lain dari balkoni dan tingkap mereka yang sekurang-kurangnya dapat memberikan mereka lebih bersemangat.
Lagu itu mendendangkan “Qilai, qilai, qilai!” Atau “Bangkit, bangkit, bangkit!” yang bergema di antara menara bangunan pencakar langit di bandar raya yang 11 juta, di mana jalan-jalan telah menjadi sunyi apabila masyarakat cuba mengelakkan perhubungan dengan orang lain yang mungkin telah dijangkiti.
Masyarakat lain-lain menjerit “Wuhan, fight!” mengulangi kata yang didengar dari penunjuk perasaan di Hong Kong, di mana demonstrasi anti-kerajaan telah disuarakan selama beberapa bulan.
Jumlah korban kematian akibat virus itu telah mencecah angka 300 dan lebih daripada 17,000 orang dijangkiti. Manakala, lebih daripada 50 juta orang penduduk di Wuhan dan bandar-bandar berdekatan sedang berada dalam langkah kawalan penyakit paling luas yang pernah dikenakan. – AP




























