Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    El Salvador gagal halang AS

    SAN SALVADOR, 15 JUN – Tandukan pada masa kecederaan daripada Jordan Morris menyelamatkan pasukan Amerika Syarikat (AS) dalam menyamakan kedudukan 1-1 semasa menentang El Salvador pada perlawanan Liga Negara-Negara CONCACAF, kelmarin.

    Penyerang Seattle Sounders, Morris menanduk masuk bola hasil hantaran Luca de la Torre pada minit pertama dalam masa tambahan untuk menafikan kemenangan El Salvador ke atas AS sejak 1992.

    Pasukan AS, beraksi dengan hanya 10 pemain dengan baki masa 20 minit selepas Paul Arriola dihantar keluar padang hanya lapan minit selepas dia diturunkan sebagai pemain gantian – terpaksa berkongsi mata dengan gol penyamaan.

    Pasukan El Salvador juga menamatkan perlawanan dengan hanya 10 pemain selepas pemain pertahanan, Ronald Rodriguez dilayangkan kad merah pada minit ke-79 kerana menjatuhkan Yunus Musah ketika pemain itu berpeluang menjaringkan gol.

    Prestasi baik Musah merupakan salah satu perkara positif buat pasukan Berhalter untuk menuju ke pentas Piala Dunia tahun ini, di mana perlawanan peringkat kumpulan mereka akan berdepan dengan England, Iran dan Wales. – AFP

    Aksi Cameron Carter (kanan) berusaha menghalang tandukan Nelson Bonilla (Kiri) semasa perlawanan Liga Negara-Negara CONCACAF antara El Salvador dan AS yang berlangsung di San Salvador. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...