Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Elak diskriminasi terhadap individu pulih COVID-19

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Ketakutan dan kerisauan terhadap penularan COVID-19 daripada bekas pesakit COVID-19 adalah suatu yang tidak perlu.

    Apa yang penting adalah bagi kita mengikut nasihat daripada Kementerian Kesihatan di mana jika mereka yang telah disahkan sembuh dan negatif, tidak lagi mempunyai gejala maka seseorang itu sudah tidak lagi menjangkiti seseorang dan boleh mengalami kehidupan seperti orang biasa.

    Perkara tersebut ditekankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato juga menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu berasa takut, mendiskriminasikan dan menjauhkan diri daripada mereka yang telah disahkan sembuh daripada COVID-19 terutama bagi mereka yang telah menerima vaksin lengkap dan dos penggalak COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...