Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Elak letak kereta dekat pokok

    TEMBURONG, 24 APRIL – Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengingatkan orang ramai untuk tidak meletakkan kereta berdekatan dengan pokok-pokok besar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

    Baru-baru ini, JBP cawangan Daerah Temburong telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pokok tumbang yang telah melibatkan dua buah kereta di kawasan halaman rumah di Kampung Batu Apoi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBP, enam orang anggota bomba yang diketuai oleh ABKS 696 Mohammad Haidar bin Abdullah Chin telah dikejarkan ke tempat kejadian.

    Dalam kejadian itu, sepohon pokok getah tumbang menghempap dua buah kereta yang berada di kawasan halaman rumah berke-naan, bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

    Anggota bomba mengambil masa sekurang-kurang satu jam untuk kerja memotong dan mengalihkan pokok berkenaan yang berukuran 10 meter panjang.

    JBP turut mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah selain mengamalkan penjarakan bagi penanaman pokok dan sentiasa menjaga dan memotong ranting-ranting yang boleh mendatangkan kemudaratan di masa akan datang.

    Keadaan dua buah kereta yang dihem-pap pokok getah di Kampung Batu Apoi, Temburong, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...