Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Elak memandu secara bahaya, berisiko

    Tindakan melarikan diri ketika melakukan kesalahan adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja menyusahkan orang lain dan malah mendatangkan bahaya dan risiko.

    Pada kebiasaannya tindakan melarikan diri ini selalu terjadi pada pemandu-pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab seperti melanggar kenderaan orang lain dan paling teruk lagi melanggar orang awam khususnya pejalan kaki.

    Sebagaimana baru-baru ini, terdapat satu berita yang melaporkan seorang pejalan kaki yang dilanggar oleh kenderaan yang tidak diketahui jenis mahupun nombor pendaftaran dan melarikan diri.

    Kenapa perlu melarikan diri? Bukankah tindakan si pemandu telah menyusahkan orang lain terutama mangsa sehingga mengalami kecederaan.

    Jika kesan dari langgar lari itu lebih teruk adakah si pemandu sanggup bertanggungjawab?
    Inilah sikap sesetengah pemandu di negara kita, tidak bertanggungjawab jika melakukan kesalahan malah lebih teruk lagi ada yang tidak mahu mengaku akan kesalahan mereka seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

    Teguran pemandu

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...