Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Elakkan pembaziran aset berharga

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Setakat Januari 2021, terdapat 389 bangunan kosong dan terbiar milik kerajaan dan tanah-tanah yang telah digazet masih belum ada sebarang perkembangan walaupun telah lama diberikan.

    “Ini sangat menyedihkan kerana aset-aset dan tanah-tanah ini seharusnya telah pun dikembangkan dan memberi manfaat dan hasil bukan sahaja kepada masyarakat awam bahkan kepada pihak kerajaan sendiri,” kata Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanti binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman (gambar-Infofoto) semasa menyampaikan ucapannya pada persidangan MMN, hari ini.

    Penekanan itu disuarakannya bagi menjunjung kasih atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, kelmarin, mengenai RKN ke-12 yang akan bermula pada bulan April 2023.

    Yang Berhormat juga mengusulkan untuk aset-aset yang kosong dan terbiar ini diberikan perhatian khusus dan diperiksa semula tujuan-tujuan ianya dibina untuk mengelakkan pembaziran aset-aset yang sangat berharga.

    “Jelaslah bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memberikan sepenuh kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada semua kementerian untuk bersatu dan bekerjasama dalam melaksanakan projek-projek rancangan di bawah RKN untuk mencapai hasil yang optimum bagi semua pihak dengan pendekatan whole of government.”

    Yang Berhormat mengusulkan antara langkah yang boleh dilakukan ialah bagi RKN-12 untuk menggunakan semula bangunan-bangunan tersebut (repurposing) dan diguna sama sebagai shared facilities.

    “Ini akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan di bawah RKN-12, di mana infrastruktur dan perkhidmatan yang seperti air, elektrik dan jalan raya bagi mengurangkan perbelanjaan – daripada menggunakan tanah kosong yang belum diusahakan dan belum mempunyai infrastruktur dan perkhidmatan,” katanya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...