Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Elakkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu

    Surat pembaca ini merupakan respons kepada surat pembaca yang bertajuk Elak memandu secara bahaya, berisiko yang disiarkan di ruang Pendapat Pembaca Media Permata pada 16 Februari lalu.

    Saya sangat bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh penulis, Teguran Pemandu, mengenai sesetengah pemandu di negara kurang bertanggungjawab jika berlakunya sebarang kemalangan. Tindakan melarikan diri ini merupakan satu tindakan yang memalukan malah menyusahkan orang lain.

    Sebagaimana saya alami sendiri baru-baru ini yang nyaris mengalami kemalangan motosikal akibat kecuaian pemandu yang jelas menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

    Mujurlah saya hanya terlanggar pengadang jalan dan motosikal saya mengalami kerosakan yang minimum.

    Kenapa perlu membahayakan diri sendiri dan orang lain? Berhentilah seketika di tepi jalan atau di tempat yang sesuai untuk menjawab panggilan atau pesanan ringkas, daripada menjawabnya serta-merta ketika memandu.

    Apa yang menyakitkan hati saya, pemandu yang cuai itu hanya melarikan diri dan tidak bertemu saya. Jika saya mengalami kemalangan yang teruk siapa yang akan bertanggungjawab dan membantu saya? Diharap para pemandu janganlah menggunakan telefon bimbit.

    Dalam hal ini juga, saya ingin menyuarakan pandangan saya kepada pihak relevan untuk mewujudkan kamera tertutup di jalan-jalan bagi tujuan memantau pemandu-pemandu di negara ini sama ada melakukan kesalahan atau tidak. Di samping itu juga dengan adanya kamera tertutup ini dapat mengesan sebab kemalangan dan pemandu yang langgar lari.

    Adri

    Berhentilah seketika di tepi jalan atau di tempat yang sesuai untuk menjawab panggilan atau pesanan ringkas, daripada menjawabnya serta-merta ketika memandu. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...