Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Elfira Loy dikejarkan ke hospital

    Gara-gara tekanan akibat terlalu penat bekerja, pelakon Elfira Loy terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pada Khamis lalu.

    Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy, 28, memberitahu keadaan dirinya kurang stabil sejak kebelakangan ini sehingga perlu mendapatkan rawatan doktor. Kata Elfira, dia dipercayai berdepan simptom Vertigo atau hilang kestabilan tubuh.

    “Simptom awal yang dikesan adalah saya berasa diri tidak stabil setiap lima ke sepuluh minit. Mulanya saya menganggap kesihatan saya sudah bertambah baik, sehinggalah saya terlanggar cermin sisi kereta.

    “Saya tetap meneruskan mesyuarat dan selepas itu pulang ke rumah ibu, barulah saya berkongsi dengannya (ibu) tentang tahap kesihatan saya,” tulisnya di laman Instagram. Sekadar informasi, Vertigo menyebabkan pesakit mengalami simptom seperti pening, loya, muntah, sakit kepala dan rasa tidak stabil ketika berjalan.

    Dalam pada itu, Elfira berkata dia sukar melakukan aktiviti harian kerana sering berasa tidak sedap badan dan mengalami muntah-muntah.

    “Masa Isyak saya macam sakit perut, cirit birit dan ambil wuduk cepat-cepat. Masa solat rasa susah nak bernafas dan muntah termasuklah sakit abdomen.

    “Saya minum banyak air dan terus tidur. Sewaktu tidur saya rasa dunia pula berputar seperti dilanda ombak dan rasa nak terjatuh.

    “Takut sangat masa tu sebab saya masih pegang Aria,” jelasnya. Pelakon drama Demi Dia ini bagaimanapun bersyukur kerana laporan kesihatan mendapati keadaanya masih terkawal dan dalam keadaan baik. – Agensi

    Elfira memberitahu keadaan dirinya kurang stabil sejak kebelakangan ini sehingga perlu mendapatkan rawatan doktor. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda