Elfira seru orang ramai terus patuhi SOP
Selepas mendirikan rumah tangga dan kemudiannya bergelar ibu, kelibat pelakon popular Elfira Loy kini jarang kelihatan di kaca TV sebagaimana ketika aktif membina namanya dalam industri. Bukan tidak lagi berminat pada dunia lakonan yang mula diceburinya sejak zaman kanak-kanak, tetapi pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 26, kini banyak menumpukan perhatian kepada rumah






























