Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Elica paujin kagum persembahan Aisha Retno

    Sering mendapat pujian juri, dua peserta iaitu Elica Paujin dan Aisha Retno disebut-sebut antara yang bakal bergelar juara pertandingan Big Stage 2022 (BS22).

    Bercakap tentang itu, Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin, 22, mengakui tercabar dengan kreativiti yang ditampilkan Aisha dalam persembahannya pada setiap minggu.

    “Secara jujurnya, melihat kreativiti Aisha membuatkan saya rasa tercabar.

    “Dia sangat genius dan sering memberikan satu kelainan pada persembahan di setiap minggu. Itu yang membuatkan saya kagum,” katanya kepada wartawan.

    Sementara itu, bagi Aisha pula, dia tidak mahu peminat terus membandingkan bakat mereka kerana setiap peserta punya kelebihan tersendiri.

    Elica mengakui bahawa kreativiti Aisha membuatkan dirinya rasa tercabar. – Agensi

    Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Syed Sipulijam, 22, hanya membiarkan peminat atau warganet untuk bercakap tentang mereka.

    “Di luar pertandingan, Elica bagaikan sifu dan kakak kepada saya. Banyak perkara yang saya rujuk dengan dia terutama berkaitan persembahan.

    “Saya tak mahu melihat kami ini sebagai satu persaingan. Biarlah juri atau orang di luar sana bercakap dan menilai persembahan kami,” jelasnya.

    Bersetuju dengan pendapat itu, Elica menyifatkan mereka bersaing secara sihat.

    “Semua yang menyertai Big Stage kali ini sangat hebat.

    “Jika ada yang membandingkan kami, itu adalah pendapat mereka. Kami bersaing secara sihat,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...