Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Ella berdepan gangguan serangan panik

    Ratu Rock, Ella, 55, mendedahkan berdepan dengan masalah ‘anxiety’ dan serangan panik yang teruk ketika era pandemik COVID-19.

    Ini berikutan terlalu lama berkurung di rumah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seterusnya Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta melihat angka jangkitan COVID-19 yang meningkat saban hari.

    Ella berkata, dia kembali mengalami serangan panik hingga menjadi terlalu paranoid.

    “Saya menghidap penyakit serangan panik sejak bujang lagi, tetapi hanya mengetahuinya selepas sekian lama.

    “Hanya kakak, Jojie Aminuddin dan keluarga sahaja tahu masalah yang saya hadapi.

    Sebelum mengetahui menghidap penyakit ini, saya hanya mampu pasrah dengan keadaan berlaku.

    Ella mampu mengawal emosi dan gangguan serangan panik selepas membuat pemeriksaan doktor. – Agensi

    “Gara-gara gangguan ini, saya tiada ‘mood’ untuk mengadakan persembahan, tidak selera makan dan ada kalanya, tubuhnya menggigil.

    “Saya merasakan keselamatan terancam apabila mahu mengadakan persembahan.

    Akibatnya, saya terpaksa menolak sesetengah tawaran. Bagi saya, wang bukan segala-galanya pada ketika itu,” katanya.

    Namun, penyanyi yang popular menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Sembilu itu bersyukur, serangan panik tidak menyerang sepanjang mengadakan persembahan.

    “Alhamdulillah, saya mampu mengawal emosi selepas membuat pemeriksaan dengan doktor. Saya memang disahkan menghidap serangan panik.

    “Mujur serangan panik saya tidak menyerang ketika saya mengadakan persembahan,” katanya.

    Namun, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin berkata, penyakit serangan panik itu kembali menyerang ketika era pandemik.

    “Saya jadi terlalu pembersih, tidak berani keluar rumah dan takut bersentuhan dengan sebarangan orang. Saya juga sentiasa menyembur sanitasi.

    “Saya mengelak memenuhi undangan persembahan. Nasib baik banyak persembahan dijayakan dalam talian sepanjang era pandemik sejak dua tahun ini.

    “Saya bersyukur memilih beberapa perniagaan diusahakan selain bidang nyanyian. Jadi, saya tidak terbeban akibat banyak persembahan terpaksa dibatalkan.

    “Alhamdulillah, keadaan saya kian pulih selepas mengamalkan sejenis makanan tambahan untuk masalah serangan panik ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...