Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Elon Musk beli saham Twitter

    NEW YORK, 4 APRIL – Elon Musk telah membeli saham besar dalam Twitter, menurut pemfailan perundangan hari ini, menyebabkan saham rangkaian media sosial itu memuncak naik dan mencetuskan spekulasi yang dia boleh mendapatkan peranan aktif dalam operasinya.

    Musk, lelaki terkaya di dunia dan CEO syarikat kenderaan elektrik, Tesla, merupakan pengguna kerap Twitter yang sering menghantar mesej dan pengumuman kontroversi.

    Dalam satu hantarannya baru-baru ini dia mempersoalkan pendirian Twitter untuk ucapan bebas dan membayangkan untuk melancarkan platformnya sendiri.

    Menurut satu dokumen yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Pertukaran AS (SEC), jutawan kelahiran Afrika Selatan itu memiliki hampir 73.5 juta saham Twitter – 9.2 peratus saham dalam syarikat itu.

    Berdasarkan harga penutup saham syarikat itu pada Jumaat, pelaburannya berjumlah hampir AS$2.9 bilion.

    Para pelabur segera memberi respons. Pada jam 7:15 pagi di New York, saham Twitter yang didagangkan $49, meningkat sekitar 26 peratus. – AFP

    Gambar fail bertarikh 22 Mac menunjukkan CEO Tesla, Elon Musk semasa berada di Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...