SAN FRANCISCO, 11 APRIL – Elon Musk tidak lagi menyertai lembaga Twitter, kata CEO syarikat media sosial itu lewat kelmarin, dalam keterbalikan kurang seminggu selepas mengumumkan ketua Tesla dan SpaceX itu akan dilantik.
Musk telah dinamakan untuk menyertai lembaga Twitter selepas membeli saham terbesar dalam firma itu dan menjadi pemegang saham terbesarnya.
“Elon telah memutuskan untuk tidak menyertai lembaga kami,” kata CEO Twitter, Parag Agrawal.
“Pelantikan Elon dalam lembaga itu secara rasminya efektif pada 9 April, namun Elon berkongsi pada pagi yang sama, dia tidak lagi akan menyertai lembaga itu,” kata Agrawal.
“Saya percaya ini adalah untuk kebaikan,” katanya.
“Kami akan dan sentiasa menilai input daripada pemegang saham kami, sama ada mereka dalam lembaga kami atau tidak.
“Elon adalah pemegang saham terbesar kami dan kami akan kekal terbuka dengan inputnya,” tambah Agrawal. – AFP