Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Elon Musk selesai beli Twitter

    WASHINGTON, 28 OKT – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk menyelesaikan pemerolehan Twitter bernilai AS$44 bilion selain memecat tiga eksekutif kanan utama syarikat dan bersedia untuk merangka hala tuju baharu laman sesawang microblog itu, menurut beberapa laporan.

    Selain memuktamadkan pembelian itu dan menambah syarikat baharu kepada portfolio teknologinya yang luas, Musk menjadikan Twitter sebagai syarikat persendirian dan membayar pemegang saham dengan harga lebih tinggi daripada asal iaitu sebanyak AS$54.20 sesaham, lapor agensi Anadolu.

    Ketua Pegawai Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan, Ned Segal dan ketua dasar undang-undang, amanah dan keselamatan, Vijaya Gadde telah dipecat, lapor The Washington Post memetik sumber.

    Penasihat Am Twitter, Sean Edgett juga dipecat, menurut sumber tersebut. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Elon Musk tiba untuk Met Gala di Muzium Metropolitan Seni di New York. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...