Elton John terima pingat The Companion Of Honour

Pingat penghormatan ‘The Companion Of Honour’ yang diasaskan oleh King George V pada tahun 1917, merupakan anugerah penghormatan terbesar di British. Pingat ini dianugerahkan kepada individu yang memberi sumbangan dalam bidang seni, sains, perubatan dan kerajaan.

Perkongsian dari Instagram The Royal Family, menunjukan penyanyi terkenal Hollywood, Elton John menerima pingat penghormatan ‘The Companion Of Honour’ di istana Windsor.

Dalam video rakaman yang dikongsikan di Instagram kerabat diraja British ini menunjukan Putera Charles mengkalungkan pingat penghormatan tersebut kepada Elton.

Dalam temu ramah Elton, dia tidak menyangka akan menerima surat dari keluarga diraja yang mengatakan dirinya akan menerima anugerah tersebut.

“Saya tergamam apabila saya mendapat surat yang mengatakan saya menerimanya (anugerah), kerana saya tahu sangat sikit orang yang mendapatnya (anugerah) tersebut,” ujar Elton – Agensi

Penyanyi terkenal Hollywood, Elton John menerima pingat penghormatan ‘The Companion Of Honour’ di istana Windsor. – Agensi