PELAKON Elvina Mohamad, 22. Gadis manis ini akui dia amalkan membasuh muka dengan air beras.
Katanya, petua ini sudah diamalkan sejak zaman persekolahan lagi dan akui kulit mukanya tidak pernah bermasalah.
“Ia mudah saja dan tiada kos. Ketika masak nasi, air ketika membasuh beras jangan dibuang. Bagus untuk basuh muka. “Selain itu, saya juga pastikan sebelum tidur memakai topeng muka yang dibuat menggunakan ramuan asli. Saya buat topeng muka sendiri menggunakan putih telur. Ia sangat mudah untuk disediakan,” katanya.
Elvina atau Norzalina Mohamad akui memilih petua orang lama kerana lebih selamat untuk kulit daripada terdedah kepada bahan klinikal yang boleh meninggalkan kesan yang tidak diingini.
“Sebagai wanita, saya tidak boleh ambil mudah kecantikan wajah harus dijaga sebaiknya. Saya lebih selesa menggunakan ramuan semula jadi yang tiada bahan kimia untuk penjagaan kulit wajah.
“Walaupun kesan perubahan pada kulit tidak berlaku drastik, paling utama ramuan itu selamat digunakan,” katanya.
Pelakon drama drama Shhh… I Love You ini juga seorang yang gemar meluangkan masa ke gimnasium. Katanya, dia memang suka bersenam dan jika tidak sibuk dengan urusan kerja memang akan ke gimnasium.
“Kadang-kadang sibuk dengan kerja tidak sempat tapi apabila berasakan berat badan bertambah, saya biasanya akan giat melakukan senaman,” katanya.
Jadual aktiviti seninya cukup sibuk kerana sudah diisi sehingga Oktober nanti. Elvina akan terbabit dengan dua penggambaran telefilem iaitu Muara dan Sesedap Rasa Cinta untuk RTM.
Elvina juga akan membintangi drama Kalih Kasih untuk slot Samarinda siaran TV3 lagi menggandingkannya dengan Gambit Saifullah lagi.