Emas AS$8.5 juta tersorok dalam kereta

BAMAKO, 22 DIS – Pegawai kastam di selatan Mali telah merampas emas dianggarkan bernilai tujuh juta euro (AS$8.5 juta) tersembunyi dalam sebuah kereta, kata pegawai semalam.

Emas seberat 143 kilogram itu sedang dalam perjalanan ke negara jiran Guinea.

Rampasan emas sering berlaku di sempadan Mali. Sebanyak 88 jongkong emas yang ditemui semalaman pada Sabtu ‘bertujuan dieksport tanpa pengetahuan pegawai kastam, yang akan menjejas ekonomi kami,” kata Amidou Fakourou Bakagha, penolong ketua pengarah perkhidmatan kastam.

Negara miskin di barat Afrika itu merupakan pengeluar emas kelima terbesar di benua, menurut Bank Dunia.

Perlombongan kecil-kecilan itu menjadikan logam berharga itu produk eksport terbesar negara, menurut sumber yang sama. – AFP