Emas cecah paras tertinggi sejak 2011

LONDON, 8 JULAI – Emas mencecah paras tertinggi dengan catatan AS$1,800 satu auns hari ini untuk pertama kalinya sejak 2011, tatkala ekonomi kini terjejas teruk akibat penularan pandemik koronavirus.

Emas mencecah AS$1,800.86 satu auns pada pukul 0830 GMT waktu tempatan di Pasaran London Bullion, tahap tertinggi dalam 8.5 tahun, tatkala dolar yang lemah menjadikan harga logam di unit AS menarik bagi para pelabur.

“Ia tidak mengejutkan jika harga pasaran ini akan meningkat secara berterusan, kata Alberto De Casa, ketua analisis di ActivTrades.

“Pelabur masih membeli saham tetapi nampaknya mereka mahu dilindungi sekiranya berlaku perubahan dalam pasaran.”

Neil Wilson, ketua penganalisis pasaran untuk Markets.com, mengatakan peningkatan itu adalah berikutan dengan kebimbangan inflasi tinggi di-sebabkan oleh rangsangan bank pusat untuk mengimbangi ekonomi global. Kenaikan harga emas bukan sahaja bergantung kepada syarat keselamatan aset disebabkan ketidakpastian ekonomi, tetapi juga kebimbangan dalam inflasi lebih panjang berpunca daripada penawaran wang yang semakin meningkat, katanya dalam nota pelanggan.

Emas tertinggi sebelum ini adalah pada harga AS$1,921,18 satu auns. – AFP