Emas ditemui di Mesir

KAHERAH, 30 JUN – Mesir telah menemui simpanan emas yang dianggarkan berjumlah lebih satu juta auns di kawasan tenggara negara, kata kementerian petroleum hari ini.

“Penemuan itu bernilai lebih AS$1 bilion dalam pelaburan dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Simpanan itu ditemui di Padang Pasir Timur di konsesi perlombongan yang dikendali oleh Syarikat Perlombongan Shalateen milik kerajaan.

Kaherah mengeluarkan peraturan perlombongan baharu pada awal tahun dalam tindakan yang bertujuan untuk menarik syarikat asing. – AFP