Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Emas ini untuk Malaysia – Thor

    PHNOM PENH, 15 MEI – Atlet snuker Malaysia, Thor Chuan Leong mendedikasikan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2023 kepada Malaysia kerana terhutang budi dengan peluang kedua yang diberikan untuk sekali lagi beraksi di temasya sukan dwitahunan itu.

    Bekas pemain profesional berusia 35 tahun itu berkata selepas mengalami kejatuhan prestasi sebelum ini, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Snuker dan Biliards Malaysia (MSBF) tetap memberi kepercayaan kepadanya untuk sekali lagi membawa pulang kejayaan kepada Malaysia.

    Katanya, sebelum ini beliau melalui saat sukar ketika beraksi sebagai pemain profesional di United Kingdom (UK) yang menyebabkan prestasinya jatuh mendadak sehingga terpaksa mengambil masa yang lama untuk kembali menemui sentuhan permainan. “Waktu saya di UK permainan saya memang jatuh teruk, di Asia saya kira kuat tetapi main di UK ibarat macam budak kecil.

    “Jadi bila saya balik ke Malaysia, saya mengambil empat hingga lima tahun untuk capai semula permainan saya sebab itu awda semua sudah lama tak dengar nama saya. Sekarang semua sedang bertambah baik,” katanya ketika ditemui.

    Semalam, Chuan Leong yang lebih dikenali sebagai Thor dalam kalangan atlet sukan itu, merangkul pingat emas snuker perseorangan lelaki sekali gus kembali meraih kejayaan dalam acara yang pernah dimenanginya pada edisi 2015 di Singapura. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -