
Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Gandingan atlet Negara Brunei Darussalam, Kamarul Ariffin Haji Abdul Ghafar dan Saidin bagi Sukan Boling 10 Pin mencatatkan sejarah penyertaan negara dengan meraih pingat emas pertama negara dalam Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur tahun 2017.
Gandingan negara itu meninggalkan saingan terdekatnya, dengan catatan 2243 jatuhan pin berbanding 2196 oleh peserta tuan rumah, Malaysia yang terpaksa akur dengan pingat perak, manakala 2129 telah dicatatkan oleh pemenang pingat gangsa dari Thailand.
Selain daripada kejayaan itu, atlet negara bagi acara lontar peluru, Alihan Muda meraih pingat perak setelah mengatasi peserta tuan rumah, Salihan Bacho di tempat ketiga, sementara itu pingat emas dimenangi oleh Bajury Ladis.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn