‘Emas putih’ Cyprus berdepan pergolakan politik

NICOSIA – Petani tenusu di Cyprus merujuk Halloumi sebagai ‘emas putih’. Keju masin ini diperbuat daripada susu kambing dan sangat berharga berikutan keupayaannya yang tahan panggang tanpa mencair adalah eksport utama negara berkenaan.

Pihak berkuasa Cyprus telah bertahun-tahun cuba untuk menarik perhatian Kesatuan Eropah untuk mengesahkan halloumi atau hellim dalam Bahasa Turki, sebagai produk tradisional dari negara yang terletak di timur Mediterranean itu.

Petani dan pengeluar tenusu dari negara tersebut mahu penentuan spesifik bagi Cyprus untuk memastikan keju yang bermutu rendah dari luar negara di mana telah mempengaruhi pasaran keju negara itu yang bernilai 200 juta euro.

Pengeluar Cyprus mengatakan bahawa permintaan dari luar negara dijangka mencecah paras tertinggi dalam beberapa tahun yang akan datang, berikutan kedudukan halloumi yang semakin terkenal dan dianggap sebagai alternatif kepada daging.

Walau bagaimanapun, politik yang rumit dan pergolakan etnik di Cyprus telah mempengaruhi tawaran untuk melindungi nama halloumi.

Halloumi atau hellim dalam Bahasa Turki merupakan produk tradisional dari negara yang terletak di timur Mediterranean itu. – AP

Kedudukan halloumi yang semakin terkenal dan dianggap sebagai alternatif kepada daging. – AP

Kesukaran itu terletak kepada perselisihan tentang cara untuk mendapatkan keju secara sah kemudian untuk dipasarkan ke negara asing. Negara yang mengisytiharkan sendiri Cyprus-Turki ini hanya diiktiraf oleh Turki dan produk yang dihasilkan tidak dapat dieksport secara langsung dari Cyprus.

Cyprus berpecah mengikut etnik pada tahun 1974 apabila Turki menakluki selepas rampasan kuasa oleh penyokong kesatuan bersama kerajaan Greece. Negara berkenaan telah menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 2004, namun peraturan EU hanya berpihak di bahagian selatan Pulau Cyprus di mana ia dipimpin oleh pemerintah yang diperakui antarabangsa.

Anggota parlimen Eropah dari Cyprus menuduh komisi eksekutif EU kerana membiarkan aplikasi PDO untuk halloumi menjadi berkulat (terbiar). Pihak kerajaan Cyprus berharap Suruhanjaya Eropah yang baharu agar menyelesaikan atau mencari jalan untuk menyelesaikan kekeliruan ini.

Halloumi/hellim telah diletakkan di atas landasan untuk penamaan geografi eksklusif di tengah-tengah gembar-gembur pada tahun 2015, ketika pelancaran rundingan antara pemimpin Greece Cypriot dan Turkish Cypriot yang diharap akan dapat memberikan kata sepakat bagi menyatukan semula pulau tersebut sebagai persekutuan dua zon.

Persefahaman sukar diraih

Kompromi telah meletus untuk Biro V eritas – Sebuah badan Eropah yang mengesahkan makanan dan produk pertanian – melakukan pemeriksaan ke atas halloumi/hellim yang dihasilkan di kedua-dua zon etnik bagi memastikan ia memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan EU. Akan tetapi perundingan itu tidak berjaya dicapai malah aplikasi permohonan semakin merosot semenjak rundingan itu tidak berjaya.

Pihak kerajaan Cypriot mengatakan bahawa perjanjian itu meramalkan eksport ke pasaran Eropah, keju yang dihasilkan Cyprus Cypriot, melalui pelabuhan yang diiktiraf oleh EU di bahagian selatan.

Britain, Sweden dan Jerman kini merupakan negara eksport utama bagi bekalan halloumi Cyprus.

Akan tetapi pihak berkuasa Cyprus-Turki mengatakan bahawa tidak ada pemahaman yang sedemikian. Malah mereka mendakwa bahawa Cypriot-Greece menyekat usaha Suruhanjaya Eropah bagi membolehkan eksport halloumi/hellim dari utara pulau berkenaan.

“Pengeluar Turkish-Cypriot sepatutnya dapat mengeksport halloumi/hellim yang berdaftar PDO sebagaimana yang berkelayakan,” kata Presiden Dewan Perniagaan Cyprus-Turkish, Turgay Deniz.

“Mereka tidak boleh dibatasi atau disekat untuk melakukan perdagangan (garis pemisah) dan melalui pelabuhan di kawasan selatan,” tambahnya.

Menurut Deniz, 13 pengeluar Turkish-Cypriot telah mengeksport sekitar 30 juta euro keju ke Turki dan negara-negara Teluk. Keju itu turut sampai dieksport ke negara-negara Teluk melalui Turki.

Kementerian Pertanian Cyprus mengatakan hasrat untuk terus mendorong untuk mendapatkan tanda eksklusif dan bagi menyelesaikan isu-isu lain yang berkaitan dengan pendaftaran halloumi/hellim bagi kepentingan semua pengeluar Cypriot.

“Suruhanjaya Eropah mengatakan ia memerlukan perhubungan dengan Cyprus dan Cypriot Turki bagi ‘mendapatkan hasil yang dikehendaki’,” jelasnya.

Tetapi anggota Parlimen Eropah Cypriot, Costas Mavrides, mendakwa bahawa Suruhanjaya sewenang-wenangnya menafikan kelulusannya untuk halloumi bagi mendapatkan PDO.

Dia berkata bahawa tidak ada sebab undang-undang bagi keju tersebut untuk tidak mendapatkan senarai berkenaan malah ia merupakan satu-satunya langkah yang tersisa bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak Suruhanjaya.

Mavrides menyeru pihak kerajaan Cyprus untuk mengambil langkah ke Mahkamah Keadilan EU supaya halloumi/hellim untuk mendapat kedudukan yang selayaknya. Organisasi petani sepenuhnya menyokong PDO kerajaan untuk halloumi.

Akan tetapi komuniti pembuat keju turut menyuarakan kebimbangan jika pergolakan itu boleh mengakibatkan kehilangan pekerjaan dan mengurangkan lagi sumber pendapatan mereka. – AP