Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Emas untuk Angah – Mohammad Zikri

    PHNOM PENH, 6 JUN – Atlet para Malaysia, Mohammad Zikri Zakaria mendedikasikan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan Para ASEAN (APG) di Kemboja kepada abang keduanya, Zolkarnain Zakaria, yang telah melakukan pelbagai pengorbanan bagi menyaksikan kejayaan beliau dalam sukan olahraga di pentas antarabangsa. 

    Atlet berusia 24 tahun itu meraih emas acara lontar peluru lelaki (F55-berkerusi roda) dengan balingan bertenaga sejauh 9.86 meter (m) berkata abang keduanya yang lebih mesra disapa “Angah” adalah insan setia di sisinya ketika susah dan senang. Mengimbau detik hitam yang berlaku dalam hidupnya sembilan tahun lalu, Mohammad Zikri berkata beliau sebenarnya dilahirkan normal namun terjatuh daripada bangunan tingkat dua di sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan pada usia 15 tahun.

    “Saya sedang menyambut sambutan hari jadi kawan ketika kejadian, mungkin terlampau seronok berlari di balkoni sehingga tidak perasan tiada penghadang dan terus terjatuh. 

    “Saya tidak pengsan masa kejadian namun rasa kebas dan hanya kemudian diberitahu oleh keluarga yang sudah lumpuh separuh badan selepas keputusan x-ray keluar,” katanya selepas memadamkan rekod APG yang dipegangnya pada edisi lalu di Solo, Indonesia iaitu 9.05m. – Bernama

    Mohammad Zikri menghadiahkan pingat emas yang dimenanginya kepada abangnya, Zolkarnain Zakaria. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...