Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Embiid bantu 76ers atasi Raptors

    PHILADELPHIA, 19 APRIL – Joel Embiid berdepan saat penting selepas menyambung semula perlawanan. Dia cuba kekal tenang dan Embiid cuba menerima asakan daripada pertahanan Raptors yang cuba mengawalnya.

    Jurulatih Doc Rivers memberi Embiid mesej: “Tidak, Jo, awda jadi pemain yang mendominasi permainan.”

    Finalis NBA MVP berhenti seketika dan mula mendominasi perlawanan.

    Embiid mengambil peluangnya dan memperoleh 31 mata dan 11 rebound, Tyrese Maxey menunjukkan bahawa dia bukan berada dalam satu perlawanan selepas musim dan Philadelphia 76ers menewaskan Toronto Raptors 112-97 pada malam kelmarin untuk mendahului 2-0 dalam perlawanan siri pusingan pertama.

    “Mereka meletakkan saya di atas gelanggang beberapa kali dan bagi saya, di sinilah ia menjadi menarik,” kata Embiid. “Saya akan kembali dengan memberikan lebih kekuatan dan membuat awda mengasari saya.”

    Embiid menerima beberapa kekasaran, dia menggosok bahagian bahu dan sikunya serta mengelak sekurang-kurangnya mengalami kecederaan kaki.

    Dia telah melakukan 12 daripada 14 lontaran percuma, membuat sembilan daripada 16 percubaan menjaring semasa perlawanan di dalam gelanggang tersebut.

    Maxey memperoleh 23 mata, sembilan rebound dan lapan assist. Tobias Harris menjaringkan 20 mata dan 10 rebound. Manakala, James Harden memperoleh 14 mata. Game 3 dalam siri Eastern Conference akan berlangsung pada Rabu di Toronto.

    Raptors ketinggalan 27 mata tetapi menunjukkan sedikit saingan dalam suku keempat untuk mengejar 11 mata sehingga Maxey menjaringkan three-point yang membuat Sixers kembali menyerang balas.

    OG Anunoby mendahului pasukannya, Raptors dengan 26 mata. Pascal Siakam dan Fred VanVleet masing-masing memperoleh 20 mata. – AP

    Reaksi Joel Embiid semasa perlawanan separuh masa kedua Game 2 perlawanan pusingan pertama NBA menentang Toronto Raptors di Philadelphia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...