Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Embiid bantu Sixers pintas Jazz

    LOS ANGELES, 14 NOV – Joel Embiid menyumbangkan 59 mata untuk membawa Philadelphia 76ers menang 105-98 menentang Utah, kelmarin.

    Aksi epik Embiid, yang memperbaharui rekod 50 mata dalam kariernya, terbukti cukup buat 76ers untuk menewaskan Jazz yang kental.

    Pemain dari Cameroon itu menyumbangkan 11 rebounds, lapan assists, serta tujuh blocks, kesemuanya sehari selepas dia menjaringkan 42 mata untuk kemenangan mengatasi Atlanta Hawks.

    “Saya tidak pernah lihat aksi dominasi yang lebih hebat daripada hari ini, apabila awda menggabungkan serang-an dan pertahanan,” jurulatih 76ers, Doc Rivers berkata selepas Embiid dinobatkan sebagai pemain pertama dalam sejarah liga bola keranjang dengan 50 mata, 10 rebounds, lima assists dan lima blocks dalam satu permainan.

    Jazz yang lambat memberikan tekanan, membolehkan Embiid menjaringkan 26 daripada 27 mata pada suku keempat.

    Sorakan ‘M-V-P’ dapat didengari di Pusat Wells Fargo semasa Embiid beraksi.

    Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri semasa tamat suku ketiga. Jaringan Embiid semasa perlawanan berbaki kurang daripada enam minit dalam suku terakhir telah sekali lagi mengikat permainan dengan keputusan 94-94.

    Dia kemudiannya membuat dua balingan percuma untuk membawa the Sixers mendahului 98-96. Cubaannya ketika permainan berbaki satu minit telah meletakkan the Sixers kepada 103-98 dan dia menamatkan permainan dengan beberapa balingan percuma. – AFP

    Aksi Joel Embiid semasa perlawanan bola keranjang antara Philadelphia 76ers dan Utah Jazz di Pusat Wells Fargo, Philadelphia, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...