Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Embiid inspirasi 76ers tewaskan Heat

    LOS ANGELES, 8 MEI – Pemain harapan Philadelphia, Joel Embiid kembali daripada kecederaan untuk membantu 76ers menewaskan Miami Heat 99-79 pada Jumaat lalu, menuntut kembali perlawanan dalam siri play-off NBA mereka.

    Dengan kepulangannya disahkan sejurus sebelum pengumumannya di Philadelphia, Embiid menjaringkan 18 mata dan menghasilkan 11 rebounds ketika 76ers mengurangkan defisit dalam siri tujuh terbaik Eastern Conference kepada 2-1.

    Danny Green menghabiskan tujuh daripada sembilan percubaan three-point dalam usaha mendapatkan 21 mata untuk Philadelphia. Tyrese Maxey menjaringkan kesemua 21 matanya dalam persembahan cemerlang pada separuh masa kedua.

    Maxey mengambil peluang selepas bekas MVP James Harden menyekat kemaraan Sixers sebelum rehat, apabila dia menjaringkan 15 mata daripada 17 percubaannya.

    Jimmy Butler mendahului Heat dengan 33 mata. Tyler Herro menambah 14 mata daripada bangku simpanan manakala pemain hadapan Kyle Lowry, tidak menjaringkan sebarang mata sejurus kembali selepas terlepas empat perlawanan akibat kecederaan hamstring.

    Aksi Joel Embiid, Philadelphia 76ers menjaringkan mata melepasi Dewayne Dedmon, Miami Heat pada separuh masa pertama. – AFP

    Sementara Embiid mengambil masa sepanjang permainan untuk mengelap muka dan bahagian dalam topeng, dia tetap beraksi cemerlang dan tidak mengelak daripada kontak lawan. Kehadirannya memberi perbezaan dalam pertahanan Sixers yang mengekalkan Miami pada jumlah mata kedua terendah mereka musim ini.

    Embiid, yang juga bermain dengan ligamen tergeliat di ibu jari kanannya, sudah pasti menunjukkan tanda-tanda kelemahan pada lewat permainan.

    Selepas suku pertama, Sixers mendahului 41-32 pada separuh masa dan tidak ketinggalan pada separuh masa kedua.

    Selepas Heat mengikat kedudukan 57-57 pada suku ketiga, Maxey menjaringkan three-pointer pertamanya pada malam itu dan seterusnya menghasilkan jaringan dan layup yang melonjakkan pendahuluan kepada 62-57.

    Kedua-dua Philadelphia dan Dallas mengelak daripada merosot dalam jurang kedudukan 3-0. Tiada pasukan NBA yang bangkit daripada defisit 3-0 untuk memenangi siri tujuh terbaik.

    Kedua-dua pasukan akan cuba menyamakan kedudukan mereka apabila mereka menjadi tuan rumah perlawanan keempat pada Ahad nanti. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...