Embiid pimpin kemenangan Sixers

LOS ANGELES, 7 APRIL 2021 – Joel Embiid menjaringkan 35 mata ketika Philadelphia 76ers kembali ke kedudukan teratas dalam Eastern Conference kelmarin dengan kemenangan 106-96 ke atas Boston Celtics.

Bintang Cameroon, Embiid, beraksi dalam perlawanan kedu-anya sejak kembali dari berehat akibat mengalami kecederaan, memimpin pasukannya di barisan hadapan ketika Sixers mengatasi Celtics dalam pertemuan musim ketiga dan terakhir kedua pasukan.

Danny Green menambah 17 mata sementara Ben Simmons menjaringkan 12 mata. Tobias Harris dan Furkan Korkmaz pula, masing-masing meraih 10 mata ketika Sixers mencatatkan keputusan 35-16 untuk mendahului perlawanan tersebut. Meskipun telah mencatatkan 35 mata, Embiid percaya bahawa dia masih belum mendapat rentak permainan sebenar selepas beraksi semula daripada kecederaan.

“Ini permainan kedua saya selepas kembali beraksi,” kata Embiid. “Saya masih berusaha untuk mencari rentak permainan saya sebelum mengalami kecederaan, tetapi saya berasa baik.

“Tubuh terasa sihat. Semua ini adalah kerana tumpuan yang saya berikan dalam perlawanan di mana saya berada sebelum ini.”

Embiid bagaimanapun merasa tidak berpuas hati dengan aksinya dan percaya dia mampu melakukan lebih daripada yang dicapai pada perlawanan tersebut.

“Terlalu banyak lolos,” kata Embiid. “Saya harus melakukan lontaran 90 peratus. Itulah sebabnya saya kesal – saya sepatutnya melakukan lebih baik lagi.”

Malam yang mengecewakan di TD Garden untuk pasukan tuan rumah menyaksikan Boston diejek oleh peminat mereka sendiri pada perlawanan tersebut. – AFP

Aksi Joel Embiid ketika menjaringkan mata sambil dihalang oleh pemain Boston, Luke Kornet pada perlawanan mereka di Boston, kelmarin. – AP