Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Emerson Palmieri sah menyertai West Ham

    LONDON, 24 OGOS – West Ham menandatangani pemain pertahanan Itali, Emerson Palmieri daripada Chelsea dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai sebanyak 15 juta pound, hari ini.

    Emerson telah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama empat tahun bersama The Hammers, dengan pilihan lanjutan selama setahun.

    Pemain pertahanan kanan berusia 28 tahun yang dilahirkan di Brazil bergelut untuk bermain di kesebelasan utama pasukan Chelsea sepanjang lima musim di Stamford Bridge.

    Dia hanya menghabiskan musim lepasnya bermain sebagai pemain pinjaman di Lyon. Emerson telah memenangi 27 penampilan untuk Itali dan turut bermain dalam kemenangan mereka menentang England pada perlawanan akhir Euro 2020 di Wembley.

    “Saya merasa gembira berada di sini. Ia merupakan satu cabaran besar bagi saya. West Ham merupakan satu pasukan yang besar, jadi saya sangat gembira dan saya bersedia,” jelas Emerson kepada laman sesawang West Ham.

    “Secara peribadi, semenjak hari pertama saya berada di England, saya sentiasa melihat pasukan besar dan menonton perlawanan besar, saya juga mengetahui sejarah pasukan West Ham.” – AFP

    Emerson Palmieri bersetuju untuk menyertai West Ham dengan yuran perpindahan sebanyak 15 juta pound.- Xinhua
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...