Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eminem nafi bercinta dengan Nicki Minaj

    PENYANYI rap terkenal Eminem akhirnya membuka mulut mengenai gosip mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan Nicki Minaj.

    Eminem ketika mengadakan konsert di Boston secara bergurau bertanya kepada peminat sama ada dia patut bercinta dengan Nicki.

    “Boston! Berapa ramai di sini yang ingin lihat saya dan Nicki bercinta?

    “Saya pun mahu bercinta dengannya! Tetapi bagaimana kami ingin berhadapan dengan pelbagai perhatian diberikan nanti?” soalnya.

    Nicky Minaj mengakui ingin bekerjasama dalam pembuatan album terbarunya.

    Minggu lalu, Nicki mengejutkan peminatnya apabila memberitahu dia sedang bercinta dengan Eminem namun kemudiannya menjelaskan ia hanyalah jenaka.

    Nicki menerusi Twitter memberitahu tidak menyangka Eminem akan bertanya tentang hal itu kepada peminat dan berharap dapat berkolaborasi dengannya tidak lama lagi.

    “Kami perlukan awak dalam album Queen! Itu akan menjadi temu janji pertama kita – di studio sambil saya akan memandang matanya ketika dia menulis lirik,” guraunya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda