Emirates akan sambung pesawat penumpang terhad

DUBAI, 2 APRIL – Emirates Airline berkata hari ini ia akan menyambung semula penerbangan penumpang keluar negara dalam bilangan terhad bermula 6 April, kurang dari dua minggu selepas larangan perjalanan akibat koronavirus.

“Emirates telah menerima kelulusan dari pihak berkuasa UAE untuk meneruskan semula pesawat penumpang dalam jumlah terhad,” kata pengerusinya, Sheikh Ahmed bin Saeed Al-Maktoum dalam Twitter.

“Bermula 6 April ini, penerbangan-penerbangan ini akan membawa para penumpang menuju keluar dari UAE,” katanya menambah bahawa butiran lanjut akan diumumkan nanti.

Pengangkutan Emirates yang dimiliki oleh Dubai, yang terbesar di Timur Tengah dengan 271 pesawat bersaiz lebar, menghentikan operasi pesawat penumpang minggu lalu ketika UAE membatalkan semua penerbangan penum-pang untuk mencegah penularan koronavirus.

UAE, yang mengumpulkan tujuh emiriah termasuk Dubai, telah mengumumkan 814 kes koronavirus dengan lapan kematian. – AFP