Emirates catat kerugian pertama selepas 30 tahun

DUBAI, 15 JUN – Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Emirates hari ini mengumumkan kerugian tahunan sebanyak AS$5.5 bilion, buat pertama kalinya dalam tempoh lebih daripada tiga dekad, selepas pandemik koronavirus menjejaskan industri penerbangan.

Syarikat pengangkutan tersebut berkata mereka menerima suntikan modal sebanyak AS$3.1 bilion dari pemilik mereka, kerajaan Dubai, untuk terus bertahan daripada krisis itu.

“Syarikat kumpulan Emirates terjejas teruk dengan penurunan permintaan bagi perjalanan udara antarabangsa ketika negara-negara menutup sempadan mereka dan mengenakan sekatan perjalanan yang ketat,” menurut pengerusi dan ketua eksekutifnya, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum.

“Tiada siapa mengetahui bila pandemik ini akan berakhir, tetapi kami tahu pemulihan akan diperlukan,” katanya dalam kenyataan. – AFP

Syarikat penerbangan Emirates mengumumkan kerugian tahunan buat pertama kalinya dalam tempoh lebih daripada tiga dekad.- AP