Emirates kembalikan bayaran berjumlah AS$1.4 bilion

DUBAI, 7 SEPT – Emirates, syarikat penerbangan terbesar di Timur Tengah berkata hari ini ia telah mengembalikan bayaran berjumlah AS$1.4 bilion kepada para pelanggan di tengah-tengah pengurangan genting perjalanan global disebabkan pandemik koronavirus.

“Emirates mendedahkan yang ia telah memulangkan lebih 5 bilion dirham bayaran balik bagi perjalanan berkaitan COVID-19.

“Lebih 1.4 juta permohonan bayaran balik telah diselesaikan sejak Mac, mewakili 90 peratus tunggakan penerbangan.”

Pengangkutan berpangkalan di Dubai itu mencatatkan keuntungan bersih sekitar AS$288 juta bagi tahun kewangan Mac, meningkat dari AS$237 juta tahun sebelumnya. – AFP