DUBAI, 13 NOV – Syarikat penerbangan Emirates hari ini mengumumkan tempahan bernilai AS$52 bilion untuk 95 pesawat Boeing dalam jualan terbesar setakat ini di Pameran Udara Dubai.
Pembelian 55 Boeing 777-9 dan 35 777-8 disertai dengan peningkatan kepada tempahan sedia ada untuk 30 787 Dreamliners, yang meningkat kepada 35.
“Tempahan ini merupakan pelaburan pen-ting yang menunjukkan komitmen Dubai terhadap masa depan penerbangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Emirates, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum dalam satu sidang akhbar.
Secara berasingan, syarikat penerbangan tambang murah, FlyDubai mengumumkan tempahan untuk 30 Boeing 787-9.
Dengan perjanjian terkini ini, buku pesanan Emirates meningkat kepada 295 pesawat termasuk 205 pesawat 777X. Syarikat penerbangan terbesar di Timur Tengah ini juga menempah 202 enjin GE9X bagi menggerakkan barisan pesawat 777X yang dimilikinya.
Sheikh Ahmed menyatakan bahawa pesawat 777-9 dijangka akan dihantar pada 2025 dan 777-8 dijadualkan pada 2030. – AFP