Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Emma elak bawa balik sikap baran

    Bimbang terbawa-bawa karakter seorang wanita garang, Emma Maembong akan cuba berehat seorang diri sebelum pulang ke rumah selepas penggambaran.

    Kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, watak dalam drama terbaharu berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta benar-benar mengubah dia menjadi seorang yang berbeza.

    “Saya takut terbawa-terbawa watak ini sehingga memberi kesan kepada keluarga.

    “Jadi apabila tiba di rumah saya akan terus berehat dan jauhkan diri dari keluarga. Saya akan ambil masa bersendirian dahulu.

    “Ada masanya saya dapat rasakan diri saya menjadi seorang yang cepat marah sehingga pernah tinggikan suara dengan pembantu peribadi,” ujarnya kepada media.

    Emma memberitahu dia sentiasa mengingatkan diri agar tidak terus melayan emosi cepat marah seperti yang dilakukan di set penggambaran. – Agensi

    Emma yang mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazril Azhar pada Februari 2020 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang berusia setahun.

    Dalam pada itu, Emma memberitahu dia sentiasa mengingatkan diri agar tidak terus melayan emosi cepat marah seperti yang dilakukan di set penggambaran.

    “Saya akan ingatkan diri saya ini hanyalah lakonan dan sikap baran itu bukan diri seorang Emma Maembong. Saya perlu cepat-cepat tukar karakter apabila tamat satu babak.

    “Selain itu saya sentiasa cuba untuk jadi seorang yang periang dan kacau orang di set penggambaran. Kalau saya terus diam bersendirian bimbang watak yang dibawakan akan kekal dalam diri saya,” katanya.

    Pertama kali membawa watak sebegini, Emma akui agak sukar untuk mendalaminya ketika awal penggambaran. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...