Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Emma Maembong ada hasrat tambah anak

    Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua sebaik sahaja habis tempoh berpantang cahaya mata pertama sebelum ini.

    Bagaimanapun, kata Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, mungkin buat masa ini belum ada rezeki buat mereka selain tidak menolak barangkali Allah SWT mahu dia memberikan perhatian lebih kepada anak pertamanya iaitu Shariq Gabriel.

    Mempunyai adik-beradik ramai dan gemar menjaga anak saudara, pelakon berusia 30 tahun itu memberitahu dia sememangnya teringin untuk mempunyai cahaya mata yang ramai.

    “Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat.

    “Kalau boleh lepas pantang anak pertama itu, nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat.

    Emma Maembong mendedahkan dia dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat kedua sebaik sahaja habis tempoh berpantang cahaya mata pertama sebelum ini. – Agensi

    “Setengah orang nak tunggu anak besar sikit, tapi saya nak biar sekali penat. Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah. Jadi, misi saya berkahwin memang nak anak.

    “Tapi belum rezeki, mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama,”katanya.

    Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang bernama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

    Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.

    Dalam pada itu, pelakon filem Frontliner ini turut berkongsi pengalaman dia memberikan susu badan sepenuhnya dan mengubah gaya pemakanan demi kesihatan putera sulungnya.

    “Saya memang bagi susu badan sepenuhnya sebab nak anak ada antibodi yang kuat. Bukan itu saja, saya juga amalkan makanan berkhasiat. Bangun pagi, makan buah-buahan seperti strawberi.

    “Saya juga makan banyak sayur-sayuran walaupun sebelum ini, tak makan pun. Kalau dahulu, makan makanan yang tak sihat. Tapi demi anak, saya sanggup ubah gaya pemakanan,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...