Emma Maembong jawab teka-teki peminat

Teka-teki mengenai Emma Maembong sudah berbadan dua akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Emma atau nama sebenarnya Fatima Rohani Ismail, 28, memberitahu dia dan suaminya iaitu Shazli Azhar berasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Berbulan madu pertama buat kami dan percutian terakhir berdua dengan suami saya. Tak sabar nak jumpa anak kami,” kata Emma secara ringkas di laman sosial miliknya.

Emma berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa foto dia bersama suami dan memperlihatkan kandungannya yang kini mencecah empat bulan.

Usia kandungan pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu kini sudah memasuki empat bulan dan dijangka akan bersalin pada November depan. Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya.

Menerusi perkongsian Emma kini sedang bercuti bersama suami dan beberapa rakan selebriti antaranya pelakon Aprena Manrose di Langkawi, Kedah.

Dalam pada itu, Aprena turut memuat naik video pasangan itu sedang sibuk berkongsi berita gembira mengenai kehamilan itu di laman sosial.

Menurut Aprena, pasangan itu sanggup tidak menjamah makanan demi berkongsi berita itu dengan peminat kesayangan mereka. – Agensi

Emma berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa foto dia bersama suami dan memperlihatkan kandungannya yang kini mencecah empat bulan. – Agensi