SINGAPURA, 13 Okt – Sebuah robot tukang urut bernama Emma menawarkan kepada rakyat Singapura urutan berteknologi tinggi dengan menggunakan tangan logam besar dan sapuan silikon yang menurut penciptanya betul-betul menyerupai sentuhan manusia.
Robot itu, ciptaan syarikat tempatan baru, AiTreat, telah memulakan usahanya di sebuah klinik di negara kota itu minggu ini dan melakukan ‘tui na’ sejenis urutan yang diamalkan dalam perubatan tradisional China.
Emma yang bermaksud Expert Manipulative Massage Automation mengandungi tangan logam putih dengan sapuan silikon yang dipanaskan yang menyerupai tapak tangan manusia dan ibu jari, dengan para pelanggan yang diurut berbaring di katil.
Dengan Sg68, para pelanggan di klinik perubatan tradisional China mendapat urutan robot bagi tempoh setengah jam – pada bahagian belakang atau bahagian lain badan yang sakit – urutan lima minit oleh seorang ahli terapi dan kira-kira 20 minit akupunktur.
Calista Lim, seorang doktor terlatih dari Beijing di sebuah klinik NovaHealth TCM, berkata robot itu mengurangkan bebanan kerja, yang membolehkannya menumpu pada berjumpa dengan lebih ramai pesakit.
“Ada hari-hari manusia merasa letih sedikit atau kurang sihat dan mereka mungkin keberatan untuk melakukan kerja tambahan,” dia memberitahu AFP.
“Namun bagi Emma, sebaik saja saya kata pergi, dia kemudian akan bekerja.”
Menurutnya robot urut juga berguna membantu masalah kekurangan pekerja kerana sukar menemukan ahli terapi yang bagus di Singapura.
‘Tul na’ melibatkan penggunaan tekanan ke atas tempat-tempat tertentu pada badan. Para pengamal perubatan China percaya ia boleh membantu mengurangkan pelbagai penyakit dari sakit kepala hinggalah kemurungan. – AFP