Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Emnati badai Madagascar

    ANTANANARIVO, 23 FEB – Taufan Emnati semalaman melanda negara kepulauan Madagascar, yang masih terkesan dengan impak taufan lain pada awal bulan ini, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

    Taufan tersebut telah melanda sekitar 11 malam waktu tempatan di utara daerah tenggara Manakara,” kata pegawai kanan Pejabat Pengurusan Risiko Negara (BNGRC), Faly Aritiana Fabien kepada AFP. Manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

    Ribut itu, yang melanda utara kepulauan Mauritius dan Reunion di Lautan Hindi, telah menjadi lemah sedikit apabila ia sampai ke pantai timur Madagascar, tetapi masih membawa angin berkelajuan sekitar 100 kilometer sejam dan tiupan 140kmsj, menurut Meteo-France.

    Taufan itu diramalkan akan meninggalkan Madagascar malam hari ini, tetapi pihak berkuasa memberi amaran tentang hujan lebat yang akan berlaku.

    Ramalan Cuaca Kebangsaan, Meteo-Madagascar memberi amaran tentang tiupan kuat, hujan lebat dan banjir meluas di sekitar daerah selatan dan tenggara.

    Agensi PBB kelmarin berkata mereka sedang bersiap sedia jika sesuatu yang buruk terjadi.

    Sementara itu, satu lagi ribut, Taufan Batsirai melanda pulau itu pada 5 Februari lalu, menjejaskan sekitar 270,000 penduduk dan meragut 121 nyawa. – AFP

    Taufan Emnati mendarat di pantai timur Madagascar lewat kelmarin, 22 Februari. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...