Emosi Ben Affleck tertekan semasa pengambaran filem ‘The Way Back’

Pelakon Ben Affleck mengakui dia mengalami gangguan emosi sepanjang menjalani penggambaran filem terbaharunya iaitu ‘The Way Back’.

Menerusi laporan media, Ben memberitahu jalan cerita filem itu membuatkan dia terkenang perjalanan kehidupan peribadinya dengan bekas isterinya, Jennifer Garner.

“Kadang-kala perasaan itu datang semula dan menekan diri anda sedikit demi sedikit. Filem ini sangat sukar untuk dilakukan. Kadang-kadang rasa sangat sakit.

“Dan kadang-kadang saya berasa malu dan saya tidak percaya kehidupan saya seperti itu,” katanya.

Sebelum ini, Ben pernah mendedahkan dia berasa menyesal kerana mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas isterinya yang juga seorang pelakon itu. – Agensi

Pelakon Hollywood, Ben Affleck mendedahkan beliau terkenang perjalanan kehidupan peribadinya bersama bekas isterinya Jennifer Garner ketika penggambaran ‘The Way Back’. – Agensi