Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Emosi Britney terganggu gara-gara isu dengan anak

    Selepas berdepan dengan isu keluarga, penyanyi pop terkenal Britney Spears mengambil keputusan untuk berehat dan mencari ketenangan bersama suami baharunya iaitu Sam Asghari di Hawaii, Amerika Syarikat.

    Menurut laporan Hollywood Life, Britney melalui tempoh sukar sejak beberapa minggu lalu selepas kisahnya bersama dua orang anaknya iaitu Sean dan Jayden menjadi perbualan ramai.

    “Britney perlu tenangkan fikiran kerana sudah beberapa minggu dia melalui waktu sukar dari sudut emosi.

    “Hawaii adalah tempat yang tenang buat Britney. Dia merasa selamat apabila berada di sana. Dia mahu kembali mencari fokus untuk diri sendiri.

    “Britney mahu anak-anaknya tahu dia sentiasa sayangkan mereka dan percaya suatu hari nanti pasti mereka akan kembali ke pangkuannya,” ujar sumber berkenaan. Sean dan Jayden merupakan anak Britney hasil dari perkahwinan terdahulu bersama bekas suami iaitu Kevin Federline.

    Sebelum ini Jayden membuat satu kenyataan kononnya Britney sengaja mencuri perhatian apabila berkongsi masalah dalam media sosial. Selain itu kedua-duanya juga tidak hadir ke majlis perkahwinan penyanyi itu bersama Sam pada Jun lalu. – Agensi

    Hubungan Britney dan anak-anaknya tidak dalam keadaan baik. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...