Thursday, June 8, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Empangan Brazil runtuh, Vale didenda AS$16.8 juta

    MOSCOW, 16 OGOS – Ketua Pengawal Am Kesatuan Brazil (CGU) mengenakan denda berjumlah AS$16.8 juta terhadap syarikat perlombongan Vale berikutan kejadian bencana empangan runtuh di perbandaran Brumadinho, Brazil pada 2019, kata syarikat itu kelmarin.

    Sputnik melaporkan pada 25 Januari 2019, empangan Vale pecah di Brumadinho, menyebabkan sekurang-kurangnya 270 orang terbunuh atau hilang.

    “Vale memaklumkan Ketua Pengawal Am Kesatuan (CGU) merumuskan bahawa Vale gagal memberikan Agensi Perlombongan Kebangsaan (ANM) maklumat yang boleh dipercayai tentang Empangan I di Brumadinho. Oleh itu, CGU mengenakan denda sekitar AS$16.8 juta,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Vale dikenakan denda seminimum yang mungkin mengikut undang-undang kerana ia memperakui bahawa pengurusan kanan syarikat tidak terlibat dalam kemalangan itu, kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa syarikat tersebut tidak bersetuju dengan keputusan itu.

    Vale akan memfailkan permohonan untuk pertimbangan semula dalam tempoh 10 hari akan datang.

    Vale ialah antara pengeluar bijih besi dan nikel terbesar di dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -