Empangan pecah, puluhan ribu dipindahkan

TASHKENT, 3 MEI – Pihak berkuasa Uzbek hari melancarkan siasatan jenayah selepas sebuah empangan besar pecah, mendorong pemindahan puluhan ribu penduduk dari rumah dibanjiri di sana dan di Kazakhstan.

Dinding empangan Sardoba di timur Uzbekistan pecah pada awal Jumaat dan sekurang-kurangnya 70,000 orang telah dipindahkan.

Lebih daripada 50 orang dimasukkan ke hospital manakala lebih daripada 600 buah rumah di selatan Kazakhstan juga dibanjiri.

Pendakwa negeri Uzbekistan berkata hari ini kes jenayah telah pun dilancarkan untuk menyiasat ‘kecuaian pegawai’ dan pencabulan pembinaan.

Mirziyoyev berlepas ke rantau itu pada Jumaat, yang mengalami angin kencang dan hujan sebelum empangan roboh, demi menyelia operasi pemindahan dan pembersihan.

Pegawai di selatan rantau Turkestan, di mana lebih 5,000 orang telah dipindah setakat ini, mengkritik Uzbekistan kerana tidak memberikan maklumat mengenai status kawalan banjir semalam.

“Pihak Uzbek berkata situasi adalah stabil dan tidak timbulnya masalah,” kata Saken Kalkamanov, penolong gabenor rantau Turkestan. – AFP