Empat ahli bomba naik pangkat

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Empat orang ahli bomba kanan telah dinaikkan pangkat sebagai penolong pegawai balai dan Majlis Penyampaian Tanda Pangkat yang diadakan di Mes Pegawai Dewan Serba Guna Bomba dan Penyelamat, Berakas, hari ini.

Penyampaian tanda pangkat telah disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah Operasi, Awang Abdul Hadi Zulfadli bin Haji Yahya selaku tetamu kehormat majlis.

Ahli bomba kanan yang dinaikkan pangkat ialah 299 Adanan bin Salat; 1275 Sohardi bin Haji Piut; 431 Siti Rosita binti Haji Mohd Yusof dan 684 Siti Azizah binti Haji Bagul.

Majlis juga dihadiri oleh para pegawai kanan, pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) serta ahli-ahli keluarga pegawai yang diraikan.

Menurut kenyataan yang diberikan JBP, pengiktirafan itu adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang telah menyumbangkan khidmat bakti cemerlang.

JBP turut berharap ia menjadi dorongan untuk meningkatkan lagi komitmen, kualiti, produktiviti dan mutu kerja yang lebih efektif ke arah kecemerlangan bagi mencapai visi dan misi jabatan.

Awang Abdul Hadi Zulfadli semasa menyempurnakan penyampaian tanda pangkat kepada salah seorang ahli bomba kanan.