Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Empat anggota tentera pilih Islam sebagai pegangan hidup

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Empat anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima Islam sebagai pegangan hidup mereka setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada Majlis Pengislaman yang berlangsung di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba, hari ini.

    Majlis pengislaman itu telah dihadiri oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, pegawai-pegawai ABDB, pegawai-pegawai Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), anggota-anggota ABDB dan ahli keluarga anggota yang diraikan.

    Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Surah Al-An’am yang dipimpin oleh Awang Mohd Nur Amin bin Haji Jali dan diselajurkan dengan selawat Badriyah serta laungan Dikir Marhaban.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh pemerintah ABDB kepada anggota-anggota yang diraikan yang terdiri dari Kapten Nurul Khartini binti Akui daripada Kejuruteraan Darat, KBK TDDB, Koperal Coresinata bin Semian daripada SJT Bn Bantu TDDB, Soldadu Rahazrinshah bin Abdullah Radio daripada Kompeni Memerintah, 3Bn TDDB dan Soldadu Muhd Amierul Ezairyn bin Mohd Azmi daripada SKPP Bn Bantu TDDB.

    Majlis kemudian diikuti dengan bacaan Surah Al-Asr, Tasbih Kaffarah, sesi bergambar ramai dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Penyampaian cenderahati oleh pemerintah ABDB kepada anggota-anggota yang diraikan semasa majlis tersebut.
    Pemerintah ABDB dan warga ABDB serta anggota-anggota yang diraikan ketika sesi bergambar ramai.
    Majlis Pengislaman bagi empat anggota ABDB disemarakkan dengan bacaan ayat-ayat lazim serta Dikir Marhaban yang dipimpin oleh Awang Mohd Nur Amin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...