Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Empat angkasawan NASA kembali semula ke Bumi

    WASHINGTON, 6 MEI – Misi Crew-3 NASA kembali ke Bumi hari ini selepas berada enam bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa.

    Kapal angkasa SpaceX Dragon Endurance membawa angkasawan NASA Kayla Barron, Raja Chari dan Tom Marshburn, serta angkasawan Agensi Angkasa Eropah Matthias Maurer, berlepas dari makmal orbit sehari sebelumnya.

    Perjalanan selama 23 setengah jam itu melihat mereka mendarat di luar pantai Florida pada pukul 12:43 pagi.

    “Bagi pihak seluruh pasukan SpaceX, selamat pulang,” kata pegawai SpaceX kepada kru sejurus selepas kapsul mendarat.

    Mereka meninggalkan di stesen angkasa tersebut seorang angkasawan Itali dan tiga warga AS Crew-4, serta tiga angkasawan Rusia.

    Semasa misi, Crew-3 menjalan-kan ratusan uji kaji saintifik, termasuk menanam cili di angkasa untuk menambah pengetahuan bercucuk tanam dalam misi jangka panjang, meninjau bagaimana konkrit menjadi keras di ruang angkasa serta pemantauan Bumi.

    “Setiap hari di Stesen Angkasa merupakan Hari Bumi untuk angkasawan NASA sejak kami melihat betapa nipisnya lapisan yang melindungi segala yang kami tahu dan sukai sebagai manusia,” tulis komander Crew-3 Chari di Twitter semalam.

    “Mudah-mudahan penyelidikan NASA akan membantu dengan penapisan H20 dan pengurangan karbon dioksida tetapi yang lainnya terpulang kepada kita semua.” – AFP

    Gambar serahan NASA menunjukkan kapsul angkasa SpaceX Dragon diangkat keluar dari air setelah mendarat di Teluk Mexico awal kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...