Empat atlet digantung terlibat dalam doping

PARIS, 1 Dis – Persatuan Bobsleigh dan Skeleton (IBSF) menggantung empat pesaing Rusia berikutan dengan pendedahan ke dalam penglibatan terhadap doping di Sukan Olimpik Sochi 2014.

Laman web R-Sport, memetik sumber ‘terdekat dengan tuduhan itu’, menamakan empat orang itu sebagai Olga Potylitsina, Maria Orlova dan Elena Nikitina yang merupakan pemenang pingat gangsa dalam skeleton wanita di Sochi.

Ia telah mendakwa orang keempat yang terlibat adalah pemenang pingat emas lelaki Aleksandr Tretyakov yang merupakan pemenang pingat gangsa pada sukan musim sejuk 2010 di Vancouver dan juara dunia pada tahun 2013.A

Agensi berita TASS memetik Persekutuan bobsleigh Rusia, Presiden Alexander Zubkov sebagai menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan ini.

Gambar fail pada 14 Februari 2014 menunjukkan aksi Elena Nikitina selepas berjaya menamatkan lariannya pada acara di Olimpik Sochi di Sanki Sliding Center. Elena merupakan salah seorang daripada empat atlet Olimpik Sochi yang digantung atas kesalahan doping. – AFP
Gambar fail pada 14 Februari 2014 menunjukkan aksi Elena Nikitina selepas berjaya menamatkan lariannya pada acara di Olimpik Sochi di Sanki Sliding Center. Elena merupakan salah seorang daripada empat atlet Olimpik Sochi yang digantung atas kesalahan doping. – AFP

IBSF berkata mereka telah bertindak selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah memaklumkan kepada mereka bahawa siasatan kes pelanggaran peraturan anti-doping yang berkaitan dengan Sukan Olimpik 2014 di Sochi telah didedahkan.

“IBSF mengikut Peraturan Anti-Doping IBSF… sementara itu menggantung empat atlet Skeleton Rusia sehingga 30 Disember 2016,” kata IBSF dalam satu kenyataan.

“Atlet dan persatuan Bobsleigh Rusia telah memaklumkan mengenai penggantungan sementara dengan sewajarnya.”

Awal bulan ini, IBSF mengumumkan bahawa mereka telah memeriksa juara dunia bobsleigh dan skeleton Sochi di tengah-tengah tuduhan doping yang ditaja oleh kerajaan di Rusia mengikut dalam laporan McLaren. – AFP